­

Music is the cure for stress. Shut up and just dance. 'Nuff said. Dump your junk at adlisyahril@hotmail.com.

Tabloid!

The Story Begins...


Pesta berahi

Oleh AHMAD NAZRI MOHAMAD dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN

KUALA LUMPUR: Seks, arak dan dadah adalah menu utamanya. Yang perlu dilakukan untuk menikmati ‘hidangan’ itu hanyalah mendapatkan tiket ‘kebebasan’ berharga RM250 hingga RM700 untuk menyertai parti eksklusif di sebuah pulau peranginan popular negara ini.

Penganjuran pesta liar di pulau menjadi trend masa kini apabila ia dikatakan lebih ‘selamat’ daripada tindakan pihak berkuasa, peserta bebas melakukan apa saja dan penganjur boleh mendapat untung besar.

Ikuti pengalaman wartawan Metro Ahad yang menyusup masuk ke parti eksklusif sempena menyambut bulan mengambang di sebuah resort di Pulau Perhentian Besar, Besut, Terengganu, baru-baru ini.

WARTAWAN Metro Ahad mendapat maklumat mengenai satu parti eksklusif menerusi laman web pada pertengahan Mac lalu.

Secara asasnya, berdasarkan maklumat di laman sosial terbabit, penganjur pesta itu sebuah syarikat tempatan yang berpangkalan di ibu negara, dipercayai ada latar belakang industri hiburan.

Dalam laman sosial itu, Pengarah Kreatif syarikat penganjur turut memberi peringatan berikut: “Ini adalah parti TERTUTUP yang dipelawa pada anda dan rakan anda yang berasakan mereka benar-benar ‘kool’ untuk menyertainya. Peserta mesti berusia 21 tahun ke atas dan bersemangat tinggi untuk berparti.”

Penyertaan dibuka kepada orang ramai dengan yuran antara RM250 seorang bagi penginapan di khemah terbuka, RM290 (asrama), RM350 (chalet) dan RM700 (chalet berkongsi dua / keutamaan pasangan).

Perjalanan rombongan dari Kuala Lumpur itu bermula di Hentian Bas Jalan Duta dengan menaiki bas ke Kuala Besut, Terengganu pada jam 11 malam 18 April lalu sebelum tiba di jeti dan masuk ke Pulau Perhentian pada keesokan paginya.

Parti itu bermula seawal jam 5 petang dengan Disc Jockey (DJ) pertama memainkan lagu dengan tempo perlahan bertemakan matahari terbenam selama dua jam sebelum sesi rehat selama dua jam.

Parti sebenar bermula jam 9 malam apabila seorang lagi DJ mengadakan persembahan pembukaan dengan genre Classic House selama sejam setengah, diikuti DJ seterusnya dengan pelbagai genre lagi seperti Funky House, Trance, Deep House, Electribe dan Live Act, sehingga pagi.

Wartawan Metro Ahad yang masuk ke Pulau Perhentian sejak pagi Sabtu pada awalnya membuat pemerhatian dari jauh ketika parti itu bermula lewat petang itu.

Bagaimanapun, kemeriahan parti bermula pada jam 9 malam dengan lebih 20 lelaki dan wanita yang bercampur baur tanpa mengira kaum dan agama, terkinja-kinja di pantai dengan iringan lagu disko yang bergema daripada pembesar suara yang dihalakan ke laut.

Pantai yang menjadi lantai tarian pula disimbah dengan pancaran pelbagai lampu berwarna-warni dengan DJ popular memainkan lagu remix (campuran lagu) dari atas pentas kayu dengan berlatarbelakangkan skrin video.

Beberapa pengumuman khas dibuat oleh penganjur memberitahu pengunjung bahawa kaunter penjualan arak disediakan khusus untuk pesta itu.

Di kawasan gelap di pantai itu, ada kelompok pengunjung hanya duduk memerhatikan peserta disko yang semakin bertambah, sambil menghisap rokok dipercayai bercampur ganja.

Malah, ada juga kedengaran tawar-menawar membeli dadah, dipercayai jenis ganja dan pil ecstasy.

Semakin lama muzik dialunkan, semakin ramai peserta menyertai parti, terutama membabitkan pelancong asing, termasuk warga Eropah, Amerika Syarikat, Australia, Vietnam dan Jepun.

Bilangan warga tempatan, terutama Melayu, juga semakin meningkat, khususnya pasangan remaja dianggarkan berusia awal hingga pertengahan 20-an.

Bagaikan minuman rasmi, kebanyakan pengunjung tanpa segan silu mengusung botol atau tin bir atau bekas minuman dipercayai berisi campuran minuman ringan dan liquor (arak).

Sungguh menjijikkan melihat aksi seorang remaja Melayu mengalahkan ‘Mat Saleh’ apabila dilihat mengepit sebotol arak bagaikan bayi, ke sana ke mari dalam keadaan pening-pening lalat di celah-celah kaki disko yang ligat menari pelbagai gaya.

Penampilan wanita Melayu yang banyak berpakaian seksi sehingga menampakkan sebahagian besar buah dada dan bikini yang hanya menutup ruang kecil kemaluan turut menjadi perhatian.

Ada juga yang menjadi bahan sorakan pengunjung, terutama ketika wanita itu menari dengan gaya mengghairahkan.

Kumpulan peserta lain yang begitu menonjol dalam parti liar itu ialah kumpulan pekerja lelaki kawasan pantai peranginan dipanggil ‘beach boys’ (budak pantai) yang tampil bangga dengan gaya pakaian santai tepi laut sambil memeluk pinggang pelancong wanita warga asing.

Menjelang lewat malam, muncul beberapa bot lagi membawa sejumlah penumpang dari bahagian lain Pulau Perhentian Besar dan Perhentian Kecil, menjadikan pengunjung bertambah sehingga lebih 200 orang.

Parti menjadi semakin meriah dengan pertunjukan api oleh lelaki warga asing di tapak unggun api bersebelahan disko pantai.

Pakej parti liar itu dilengkapkan lagi dengan aksi mengghairahkan yang boleh dilihat di mana-mana.

Ada pasangan baik sesama Melayu, Melayu-bukan Melayu atau Melayu-bangsa asing, bukan Melayu-warga asing, saling berpelukan dan bercium dengan keterlaluan secara terang-terangan.

Baik lelaki mahupun wanita Melayu, semuanya sama. Agama dan adat budaya entah ke mana. Yang pasti, mereka kelihatan seronok dan bebas melakukan apa saja.

Wartawan Metro Ahad sempat mengikut beberapa pasangan Melayu dan Melayu-bukan Melayu hingga mereka masuk ke chalet sebelum melihat pasangan terbabit keluar semula antara 20 minit hingga setengah jam kemudian.

Diyakini, apabila ingin melakukan seks, peserta parti, termasuk yang baru berkenalan pada malam itu, pergi ke bilik pasangannya untuk melakukan perbuatan terkutuk itu sebelum kembali ke tapak pesta.

Beberapa pengunjung yang sempat ditemui mengakui sangat seronok kerana bebas melakukan apa saja.

“Kalau di disko di bandar, masanya terhad dan bimbang diserbu. Di sini, saya dapat berpesta sepuas-puasnya.

“Boleh juga minum arak sepuas hati dan ‘cuci mata’ melihat makwe Melayu pakai bikini,” kata seorang eksekutif dari ibu kota dikenali sebagai Sham yang datang bersama sekumpulan tujuh lelaki.

Bagi Mimi pula, parti disertainya memberi peluang kepadanya menghabiskan masa bersama teman lelakinya.

“Di sini kami bebas berbuat apa saja. Selepas berpesta, boleh berasmara,” katanya tanpa segan silu selepas wartawan Metro Ahad memprovokasinya.

Berdasarkan pemerhatian Metro Ahad, kebanyakan pengunjung hanya aktif sehingga jam 4 hingga 5 pagi, walaupun parti masih diteruskan sampai ke pagi.

Ada juga yang mampu menari beberapa jam tanpa henti, yang biasanya hanya mampu dilakukan kaki disko yang menari di bawah pengaruh pil ecstasy.

Yang menyedihkan, aksi di parti liar itu turut ditonton penuh minat oleh sekumpulan kanak-kanak, dipercayai anak pekerja resort dan pengunjung ke pulau itu.

Ramai duduk di tepi unggun api dan tidak kurang yang baring dan tidur di pantai, dipercayai mabuk dan keletihan.

Difahamkan, sebelum penganjuran parti itu, ada pengusaha chalet di Perhentian Kecil menganjurkan parti seumpama itu dan dihadiri ratusan pengunjung tempatan dan pelancong asing.

Satu lagi disko pantai, dirancang diadakan di Pulau Tioman, Pahang pada 14 dan 15 Jun depan yang menampilkan lapan DJ, termasuk dari Indonesia, dengan caj antara RM500 (dua orang) hingga RM1,600 (enam orang).

Usaha menganjurkan pesta pantai di Langkawi pada 2005 pernah digagalkan apabila cubaan mengadakan parti ‘Friday Dec 31st Beach 2005’ dengan bayaran RM300 hingga RM450, mendapat liputan akhbar.


Tabloid! Whaddya expect?

The End

6 comments:

  1. Fuzz said...:

    this article feeds fire of the malay community's fear and dissaproval towards development of todays youth...

    dulu black metal

    then hip hop la

    punk/emo

    pas ni ape lagi

    ni x kira zaman 60-80an punya GEJALA SOSIAL lagi.

    that's why... bace the star je.. hahaha

    THE STAR SUPPORTS THE MALAYSIAN YOUTH MOVEMENT

    http://star-ecentral.com/news/story.asp?file=/2008/4/22/soundnstage/21017519&sec=soundnstage

    (article bout XLIVE in the STAR)

    good find btw.

  1. Unknown said...:

    hey, thanks for your support!
    the dance scene needs more people like us!

    thanks for the link!

  1. Unknown said...:

    shocking!
    i'm not supporting drugs & random sex but this article has made the scene look ugly.

  1. Anonymous said...:

    hahahha..sentap ke nok?

  1. Unknown said...:

    malas aku nak layan ko, najib oi